Wednesday 30 January 2013

Bulam kelima

Selalu bila dah masuk lima bulan ni baby dah mula lasak sesikit. Biasalah kan nak belajar... Bila agah je terkekek kekek gelak, bila geletek je gulinguling gelak(oknitipu) Makin bulat pun ye juga, dengan kepala gondolnya. Nampak mok sangat Darian Aydin ni. Masa ni bulan puasa kalau tak silap, maknya memang makin kurus lah ye. Anak bagai dipam pam. HAHAHA ! Gagah jugalah maknya nak puasa dengan anak menyusu badan. Alhamdullilah, sepanjang panjang ni Darian Aydin memang menyusu badan sajo. Harap harap sampai umur 2 tahun lah ye Darian Aydin. 



Sepanjang panjang muka ceria sajo Darian Aydin ni.


Masa ni tak berapa nak cerah lagi kulitnya...



Ni gambar malam raya pergi shopping dekat Dataran Senawang sampai ke tengah malam juga lah berjalan pusing pusing tengok barang. Tapi bapaknya yang membeli, maknya tak jumpa yang berkenan. Masa ni Darian berak ! Bapaknya tak perasan. Kesian bontot merah. 


Walker baru atuk hadiahkan. Atuk memang pemurah untuk cucu cucu nya. Dah besar nanti sila balas jasa atuk dan makpak ye Darian Aydin. Walker ni sekrang tersadai sajo kat rumah , sebab bila letak je baby nangis macam kena marah. Canoooo ? Bila letak dalam playpen ok pula Darian Aydin ni. haihhhh macam macam yee perangai... 

Bulan keempat


Makin lama makin besar lah kan anak kita... Makan besar makin macam perangai. Masa bay ni kita tengok kiut lah kan... Baby baru nak membesar. Macam macam ragam. Cuci cucilah mata tengok gambar anak kita ni. lalala~~~ Selamat menjamu mata...







Bulan ketiga

Dah makin membesar Darian Aydin, dah mula pandai gelakgelak.  Dah pandai buat aksi sikit sikit. Gewraammm tengok. Kulit pun makin cerah... Suka ai mak... HAHAHA ! Saksikanlah gambar gambar masa bulan ketiga. 

Dan masa ni baru dapat pakai phone Samsung Galazy S11, tu yang lagi ligat mengambik gambar anak. hahaharrruuuuuuuuusss... Bila lagi kan nak buat kenang kenangan, nanti dah besar kita tunjuklah kat Darian gambar dia masa baby. Ialah , maknya masa bayi tiada gambar, almaklumlah masa tu agaknya kamera mamawan dan atuk rosak kot. Kesian mama Darian Aydin. Jadi bagi nak melepaskan geram, kita ambillah gambar anak bebanyak. 



Tesco Seremban 17 March 2012 beli stok lampin. hiks






Cute sangat ok.  Ini gambar tengah nak berak. Buat aksi sikit. 

Monday 21 January 2013

Bulan kedua

Pertama kali menjadi ibu, pada awal awal kelahiran tidak banyak masalah, Darian Aydin pun tak banyak ragam, sangat baik, sangat memahami mama nya masih dalam proses untuk sihat. hiks. Poyo betul.


Mainan pertama yang dibeli mama nya, Mr.Mimsy


Kepala digondol masa majlis aqiqah yang berlangsung pada 13 Mei 2012/


Bulan Pertama

Setelah sembilan bulan mengandung, inilah hasilnya.
Nama diberi Darian Aydin bin Hadi Sophiaan. 
Berat : 3kg
Jantina : Lelaki
Tempat Lahir : Hospital Besar Seremban
Tarikh Lahir : 17 Mac 2012





Gambar ini setelah sebulan Darian Aydin dilahirkan. Kerut kerut dahi memikirkan keadaan dunia sekarang ini. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi manusia yang bijak pandai.

Dua bulan lagi !


Darian Aydin dah makin membesar. Lagi 2 bulan nak setahun. Oh nooooooooooo !!! hurmm..ada buat pelan nak buat parti tapi tengah korek korek tabung. hiks. Nak buat cano, suri rumah sajo.


My babyson.

Friday 9 November 2012

Live Streaming TV3


Kasihan nya saya cant only watch ASK2012 on live streaming ! Dad is conquered the television.  Tak puas tengok guna laptop lah ! Screen kecik !








Till then, ciao ! ;)